Siapa yang tidak kenal dengan Wan Hazmer Wan Abd Halim? Anak tempatan yang berjaya membawa budaya-budaya Malaysia ke dalam game AAA seperti Final Fantasy XV.
Menurut laporan Aksiz, semasa acara Level UP KL, Wan Hazmer telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan syarikat gergasi dari Jepun, Square Enix. Melalui pengalaman 7 tahun beliau di sana, beliau akan kembali ke Malaysia dan menubuhkan sebuah syarikat pembangun game beliau sendiri dengan kerjasama MDEC dan Level Up Inc.